Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter (13,435 kaki) dari aras laut dan memanjang di Banjaran Crocker. Gunung Kinabalu ini terletak di Kundasang Ranau, Negeri Sabah, Malaysia. Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara selepas Hkakakbo Razi di Myanmar(5881 meter), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikota (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Gunung Kinabalu merupakan gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu .
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di Banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik Benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Diterokarp Bukit, dan hutan Diterokarp Atas ,hutan Montane dan Hutan Ericaceous . Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan – Dusun Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut China Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi dan memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo. Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar. Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara 5km hingga 8km dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter. Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu :-
i) Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
ii) Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m)
iii) Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
iv) Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
v) Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
vi) Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
vii) Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)
Jarak dari Kota Kinabalu ke Taman Kinabalu (National Park) ialah kira-kira 90km. Untuk berkunjung ke tempat ini, boleh menaiki pelbagai jenis kenderaan darat dari Kota Kinabalu iaitu bas dan bas mini. Tambang bas dari Kota Kinabalu ke National Park ialah RM7.00 hingga RM15.00 (one way).
Untuk pendakian Gunung Kinabalu mengambil masa selama 2 atau 3 hari. Hari pertama perjalanan akan bermalam di Laban Rata yang mana sejauh 6 kilometer dari Pondok Timpohon dan mengambil masa selama 4 atau 5 jam. Hari kedua barulah meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu di sebelah subuh kira-kira jam 2.00 pagi dan mengambil masa selama 2 jam dari Laban Rata, dan turun semula pada hari itu juga. Ada juga pendaki yang bermalam sehari lagi di Laban Rata dan barulah turun.
LALUAN PENDAKIAN (TRAIL)
Timpohon Gate
Pintu masuk ini hanya 4km dari HQ Kinabalu Park. Pendaki boleh berkenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan Kinabalu Park dengan sedikit kos dikenakan. Sebuah pondok dan pelantar dibina di pintu masuk ini.
Carson Waterfall 5 minit berjalan dari Timpohon Gate pendaki akan melintas air terjun ini. Air terjun ini tidak begitu gah tapi tetap mendamaikan hati.
Pondok Kandis/ Kandis Shelter Hampir 1km dari Timpohon Gate. Laluan adakalanya mendatar, adakalanya mendaki. Lereng-lereng bukit telah ditarah menjadi tangga dan disokong dengan papan.
Pondok Ubah/ Ubah Shelter Didirikan 1.5km dari Timpohon Gate.
Pondok Lowi Jarak 2km dari Timpohon Gate.
Pondok Mempening Trail ke sini dari pondok sebelumnya penuh berbatu.
RTM Stesen - Helipad
Pendaki hanya akan lalu berdekatan RTM Stesen, bunyi generator stesen ini jelas kedengaran dari trail pendaki. Pendaki boleh melencong sebentar ke Helipad dan dapat melihat puncak kinabalu dengan jelas sekiranya cuaca baik dan tidak berawan.
Layang-layang / Layang-layang Hut Disini didirikan pondok dan juga asrama untuk pekerja Kinabalu Park. Berada di ketinggian 2702.3m d.p.l dan hampir 4km dari Timpohon Gate.
Simpang Mersilau
Ada papan tanda arah Mersilau. Satu bangunan yang didirikan di bahagian persimpangan trail ini.
Pondok Villosa
Menghampiri pondok ini, pokok-pokok bonsai banyak dan semakin rendah disekitar trail. Kawasan pondok ini berada di puncak bukit dan terdedah dengan angin.
Pondok Paka
Pondok ini agak tersembunyi dibalik pokok-pokok yang tinggi menjanjikan satu suasana redup buat pendaki. Trail ke sini cukup menarik, tangga-tangga berbatu dan pokok-pokok bonsai menghiasi laluan pendaki disamping puncak Kinabalu tersergam diatas. Terdapat Gua Paka berdekatan pondok ini yang dikatakan menjadi tempat perteduhan pendaki terdahulu.
Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata, Gunting Lagadan, Burlington)
Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak berdekatan walaupun di ketinggian berbeza. Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar Laban (3314.3m) dan paling tinggi Gunting Lagadan Hut (3323.5m). Beberapa kemudahan asas telah disediakan seperti katil, gebah/sleeping beg, bantal, dapur memasak, periuk-miuk, pinggan mangkuk, tandas dan bilik mandi. Satu Restoran ada ditempatkan di Laban Rata.
Sayat-Sayat Hut
Disini diletakkan petugas merekodkan pendaki yang mendaki ke Puncak Kinabalu dan pendaki kena melaporkan kembali apabila turun dari puncak. Bagi pendaki yang tidak mampu meneruskan pendakian boleh berehat di sini sebelum berpatah balik. Kejayaan pendaki menjejak ke puncak tertinggi juga dilaporkan disini oleh jurupandu arah masing-masing.
Puncak-puncak KinabaluGunung Kinabalu berdiri megah dengan beberapa puncak. Puncak tertinggi, Low's Peak (4095m) diambil sempena nama Hugh Low. Puncak-puncak lain antaranya, Alexandra Peak (4003m), St. John's Peak (4092m), Victoria Peak (4088m), Ugly Sister Peak (4032m), Donkey Ears (4054m) yang umpama telinga keldai dan South Peak (3933m) dengan keadaan struktur batu yang unik.
Mersilau Trail
Trail ini hanya lebih 1.5km dari Timpohon Trail. Trail ini lebih mencabar kerana pendaki kena mendaki dan menuruni cerun sama ada pendaki mendaki ke Puncak mahupun sebaliknya. Sebahagian trail ini menyusuri permatang dan berlatarkan air terjun.
Jambatan Gantung (Kipuyut)
Ini antara checkpoint yang menarik di Mersilau Trail selain dari beberapa pondok antaranya Pondok Lompoyou. Jambatan sejauh kira-kira 40m ini terletak ditengah-tengah hutan merintangi jeram berbatu.
Mersilau Nature Resort
Disinilah permulaan/tamat trail Mersilau. Pejabat tempat pendaki yang melalui trail ini melaporkan diri. Hampir sama seperti HQ Kinabalu Park, Kemudahan asas seperti surau, kafeteria, bilik mandi, telefon awam turut disediakan disini. Pengunjung juga boleh melawat mini Muzium Kinabalu yang ada disini. Sukarnya disini, Mersilau Nature Resort jauh dari jalan utama Kinabalu-Ranau dan Pekan Kundasang.
Hugh Low Trail
Trail ini juga dikenali Jejak Lagadan merupakan trail yang digunakan Hugh Low dan Gunting Lagadan semasa mula-mula menawan puncak Kinabalu. Trail ini bermula dari ketinggian 902m d.p.l. dan berkecerunan 60 darjah dan banyak melalui cerun-cerun berbatu licin serta berjuram yang dalam. Trail ini akan bertemu dengan trail Timpohon di Pondok Paka.
Kg. Kiau Nuluh
Trail ini bermula dari Kg. Kiau Nuluh berdekatan sempadan Taman Kinabalu. Banyak pacat di lantai hutan ini. Pendaki boleh bermalam di Kem site pertama setelah melintasi sempadan Taman Negara. Pendaki perlu membawa khemah sendiri kerana tiada kemudahan asrama/pondok disediakan dan tiada sumber air di kem site ini. Suhu malam boleh mencecah 15 darjah celcius.
Tiong-Tiong
Berada di sebelah barat Gunung Kinabalu dan laluan ke sini penuh dengan pokok resam kipas. Pendaki boleh bermalam di checkpoint ini. Suhu malam boleh mencecah 5 darjah celsius. Tiong-tiong sebenarnya tidak begitu jauh dari stesen Komborongoh (KM2 Timpohon trail). Antara perkara menarik, pendaki boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari sudut yang berlainan sekali dan jarang dirakamkan oleh media. Terdapat sebuah kolam kecil yang dikatakan tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Kedinginan air kolam ini menjadi sumber air pendaki. Pemandangan matahari terbenam disini juga sangat menarik.
Snow Field
Tempat ini dinamakan sempena nama lumut dari jenis Snow Fern yang banyak terdapat disekitarnya. Lumut yang bewarna putih ini seolah-olah salji yang menutupi permukaan batu.
Gua Paka
Pendakian ke sini dikategorikan laluan berbahaya dan perlu lebih berhati-hati. Laluan merentasi tebing batu yang licin dan bertumbuhan aneh. Pendaki boleh bermalam dan berteduh di gua ini. Terdapat sungai berdekatan gua dan paras air sungai berubah mengikut keadaan hujan.