Sunday 18 December 2011

Padas White Water Rafting....

Let's Have a Serious Fun
Ever imagined of riding the oldest train in Borneo which passes through the once renowned headhunters' tribe – The Murut? Well, guess what, we have the best river guides amongst the tribe to guide you down the raging water of Padas River, claimed to have the best rapids in South East Asia!
This exciting adrenalin' rushing tour will take you down to wave that goes as high as six feet and thrilling rapids up to grade IV. Whilst rushing down this wild and untamed part of the Padas River you will experience totally untouched nature.
Padas River is situated in the interior of southwestern part of Kota Kinabalu that is only accessible by train (used since the late 19th century in Borneo). Basically, this trip will give you two experiences advantages - 1) Excursion of Class III-IV river, 2) A uniquely ride in an antique train.
The adrenaline rush excursion covers a distance of 9km of this rather muddy 200 km river that holds 7 exciting and tough rapids!
These rapid carries amusing names such as Merry-Go-Round Rapid, Break Point Rapid, Scooby Doo Rapid, Cobra Rapid, Curve Rapid, Lambada Rapid and Head Hunter Rapid. Each rapid will give you the feel of the motion as what the name means.
The journey will first take 1-½ hours overland through the countryside to Beaufort town. From thereupon, adventure begins with 1-½ hours train rides tracks along the Padas River that gives glimpses of the thrills and excitement to come. Upon arriving at the starting point, participant will be given safety briefing before going down the river.
The ultimate challenge will speak for itself as one shoots through and experiences the nerve tingling excitement which crescendos rapid after rapid while getting a closer look at the Borneo's amazing flora and fauna.
After rafting, enjoy a sumptuous barbecue lunch by the river. Wind down with a sunset view of the return journey to Kota Kinabalu, along with presentation of certification of achievement.http://www.riverbug.asia/








Saturday 17 December 2011

Widu Adventure, Tambunan

Kg Widu terletak di Daerah Tambunan  sejauh 60km dari Bandar Kota Kinabalu. Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam dengan melalui jalan raya yang berbukit bukau dan berliku-liku. Dari Pekan Tambunan, perjalanan ke kampung ini mengambil masa selama 3 jam iaitu sejauh 70km melalui jalan Tambunan-Ranau. 


Kg. Widu juga merupakan sebuah kawasan yang masih belum diterokai sungguhpun mempunyai kepelbagaian dan kekayaan flora dan fauna yang masih belum diterokai. JKawasan ini juga masih belum terdedah dengan pembangunan infrastruktur yang maju. Ini menjadikan Kg.Widu ini sebagai kampunyg yang juga masih kaya dengan ciri budaya tradisional. 
Perjalanan dari Pekan Tambunan ke Kg.Widu

Kg.Widu ini mendapat nama sempena 2 batang sungai yang mengalir pada satu arah sahaja dan berpisah membentuk dua batang sungai di bahagian murah. Sungai Widu ini sentiasa beralih laluan aliran semasa hujan lebat berlaku. “Widu” berasal daripada perkataan Dusun iaitu “mogidu” yang bermaksud berpisah yang mana merujuk kepada aliran sungai tersebut.
Sungai Widu yang menjadi trail bagi aktiviti jungle trekking



Selain itu antara aktiviti yang boleh dijalankan di Kg Widu ini adalah outdoor education activities yang mana aktiviti-aktiviti di Kg. Widu atau Sg. Widu melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan juga mahasiswa dari pelbagai universiti.
Antara sukan yang boleh dijalankan di Kg.Widu ini termasuklah Jungle Trekking, Night Trekking, Rock Climbing serta Camping di dataran Sg. Widu


sAntara sukan yang boleh dilakuakan di Kg. Widu adalah Rock Climbing yang mana aktiviti ini dilihat sebagai aktiviti lasak yang memerlukan keberanian. Tambahan pula ciri-ciri Rock Climbing yang sememangnya unik dan mencabar.


Gambar diatas emnunjukkan trail yang perlu dialalui unutk menuju ke Rock Climbing. Sukan lasak di Kg.Widu ini baru diterokai dan belum dibangunkan sepenuhnya. Ini menjadikan Sg.Widu ini istemewa kerana masih kaya dengan flora dan fauna yang begitu unik.
Gambar dibawah menunjukkan antara beberapa kekayaan flora yang unik dan masih belum terusik. Kekayaan biodiversity di kawasan ini sememangnya menarik dan perlu dipelihara dan dihargai.





Thursday 8 December 2011

Sandakan's Attraction

Pulau Langkayan

Kita alihkan pandangan ke daerah Sandakan yang juga tidak kurang dengan pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi. Salah satu daripadanya ialah Pulau Langkayan yang menjadi tumpuan penggemar sukan seperti menyelam.
Pemandangan yang agak biasa dilihat semasa menyelam termasuklah giant jaw fish, sting rays, snappers groupers, anemone fish, fusilier, trumpet fish dan juga nudibranches.
 Sekiranya anda bernasib baik , anda juga akan menikmati bebrapa pemandangan yang jarang dinikmati oleh kebanyakan penyelam seperti blue ribbon eel, ghost pipe fish, juvenile cat fish, peacock mantis shrimp dan penyu.










Tuesday 6 December 2011

Kudat Golf & Marina Resort, KUDAT




 Kudat Golf Course
Bagi para penggemar sukan golf, mereka yang mengunjungi Kudat Golf pasti akan teruja dengan padang golf yang mempunyai 18 lubang international yang pastinya akan memberikan kepuasan maksimum kepada mereka untuk bermain.

Sekiranya anda bukan penggemar sukan golf, anda masih boleh bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan dengan adanya pelbagai fasiliti lain sperti kolam renang bersaiz semi-olimpik, pusat kecergasan, gymnasium dan juga trek jogging.

Adakah anda seorang yang aktif bersukan? Ada pastinya tidak akan menhgadapi sebarang masalah kerana resort ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda dan keluaraga gunakan untuk bersukan seperti gelanggang tenis, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, bola tampar dan juga American pool.

Kemudahan sukan rekreasi air? Anda sepatutnya tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis sukan rekreasi air termasuklah jet-ski, water polo, water ski, parasailing, banana boat, kayaking, scuba diving, Island Excursion dan tidak ketinggalan juga sport fishing.

Gunung Kinabalu











Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter  (13,435 kaki) dari aras laut dan memanjang di Banjaran Crocker. Gunung Kinabalu ini terletak di Kundasang Ranau, Negeri Sabah, Malaysia. Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung  kelima tertinggi di Asia Tenggara  selepas  Hkakakbo Razi   di  Myanmar(5881 meter), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikota (4730 meter) dan  Puncak Mandala  (4700 meter) di Indonesia. Gunung Kinabalu merupakan gunung keempat tertinggi di  Kepulauan Melayu .
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi  terletak di Banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik Benua India, sementara Puncak JayaPuncak Trikora  dan Puncak Mandala  pula terletak dibenua Ocenia. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Diterokarp Bukit, dan hutan Diterokarp Atas ,hutan Montane  dan Hutan Ericaceous . Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.
Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat KadazanDusun Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut China Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi dan memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo. Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar. Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara 5km hingga 8km dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter. Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu :-
i)             Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
ii)            Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m)
iii)           Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
iv)           Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
v)            Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
vi)           Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
vii)          Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)
Jarak dari Kota Kinabalu ke Taman Kinabalu (National Park) ialah kira-kira 90km. Untuk berkunjung ke tempat ini, boleh menaiki pelbagai jenis kenderaan darat dari Kota Kinabalu iaitu bas dan bas mini. Tambang bas dari Kota Kinabalu ke National Park ialah RM7.00 hingga RM15.00 (one way).
        Untuk pendakian Gunung Kinabalu mengambil masa selama 2 atau 3 hari. Hari pertama perjalanan akan bermalam di Laban Rata yang mana sejauh 6 kilometer dari Pondok Timpohon dan mengambil masa selama 4 atau 5 jam. Hari kedua barulah meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu di sebelah subuh kira-kira jam 2.00 pagi dan mengambil masa selama 2 jam dari Laban Rata, dan turun semula pada hari itu juga. Ada juga pendaki yang bermalam sehari lagi di Laban Rata dan barulah turun.

LALUAN PENDAKIAN (TRAIL)


Timpohon Gate   
Pintu masuk ini hanya 4km dari HQ Kinabalu Park. Pendaki boleh berkenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan Kinabalu Park dengan sedikit kos dikenakan. Sebuah pondok dan pelantar dibina di pintu masuk ini.
Carson Waterfall  5 minit berjalan dari Timpohon Gate pendaki akan melintas air terjun ini. Air terjun ini tidak begitu gah tapi tetap mendamaikan hati.
Pondok Kandis/ Kandis Shelter  Hampir 1km dari Timpohon Gate. Laluan adakalanya mendatar, adakalanya mendaki. Lereng-lereng bukit telah ditarah menjadi tangga dan disokong dengan papan.
Pondok Ubah/ Ubah Shelter Didirikan 1.5km dari Timpohon Gate.
Pondok Lowi Jarak 2km dari Timpohon Gate.
Pondok Mempening  Trail ke sini dari pondok sebelumnya penuh berbatu.
RTM Stesen - Helipad
Pendaki hanya akan lalu berdekatan RTM Stesen, bunyi generator stesen ini jelas kedengaran dari trail pendaki. Pendaki boleh melencong sebentar ke Helipad dan dapat melihat puncak kinabalu dengan jelas sekiranya cuaca baik dan tidak berawan.
Layang-layang / Layang-layang Hut  Disini didirikan pondok dan juga asrama untuk pekerja Kinabalu Park. Berada di ketinggian 2702.3m d.p.l dan hampir 4km dari Timpohon Gate.
Simpang Mersilau 
Ada papan tanda arah Mersilau. Satu bangunan yang didirikan di bahagian persimpangan trail ini.
Pondok Villosa
Menghampiri pondok ini, pokok-pokok bonsai banyak dan semakin rendah disekitar trail. Kawasan pondok ini berada di puncak bukit dan terdedah dengan angin.
Pondok Paka
Pondok ini agak tersembunyi dibalik pokok-pokok yang tinggi menjanjikan satu suasana redup buat pendaki. Trail ke sini cukup menarik, tangga-tangga berbatu dan pokok-pokok bonsai menghiasi laluan pendaki disamping puncak Kinabalu tersergam diatas. Terdapat Gua Paka berdekatan pondok ini yang dikatakan menjadi tempat perteduhan pendaki terdahulu.
Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata, Gunting Lagadan, Burlington) 
Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak berdekatan walaupun di ketinggian berbeza. Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar Laban (3314.3m) dan paling tinggi Gunting Lagadan Hut (3323.5m). Beberapa kemudahan asas telah disediakan seperti katil, gebah/sleeping beg, bantal, dapur memasak, periuk-miuk, pinggan mangkuk, tandas dan bilik mandi. Satu Restoran ada ditempatkan di Laban Rata.
Sayat-Sayat Hut
Disini diletakkan petugas merekodkan pendaki yang mendaki ke Puncak Kinabalu dan pendaki kena melaporkan kembali apabila turun dari puncak. Bagi pendaki yang tidak mampu meneruskan pendakian boleh berehat di sini sebelum berpatah balik. Kejayaan pendaki  menjejak ke puncak tertinggi juga dilaporkan disini oleh jurupandu arah masing-masing.
Puncak-puncak KinabaluGunung Kinabalu berdiri megah dengan beberapa puncak. Puncak tertinggi, Low's Peak (4095m) diambil sempena nama Hugh Low. Puncak-puncak lain antaranya, Alexandra Peak (4003m), St. John's Peak (4092m), Victoria Peak (4088m), Ugly Sister Peak (4032m), Donkey Ears (4054m) yang umpama telinga keldai dan South Peak (3933m) dengan keadaan struktur batu yang unik.
Mersilau Trail
Trail ini hanya lebih 1.5km dari Timpohon Trail. Trail ini lebih mencabar kerana pendaki kena mendaki dan menuruni cerun sama ada pendaki mendaki ke Puncak mahupun sebaliknya. Sebahagian trail ini menyusuri permatang dan berlatarkan air terjun.
Jambatan Gantung (Kipuyut)
Ini antara checkpoint yang menarik di Mersilau Trail selain dari beberapa pondok antaranya Pondok Lompoyou. Jambatan sejauh kira-kira 40m ini terletak ditengah-tengah hutan merintangi jeram berbatu.
Mersilau Nature Resort
Disinilah permulaan/tamat trail Mersilau. Pejabat tempat pendaki yang melalui trail ini melaporkan diri. Hampir sama seperti HQ Kinabalu Park, Kemudahan asas seperti surau, kafeteria, bilik mandi, telefon awam turut disediakan disini. Pengunjung juga boleh melawat mini Muzium Kinabalu yang ada disini. Sukarnya disini, Mersilau Nature Resort jauh dari jalan utama Kinabalu-Ranau dan Pekan Kundasang.
Hugh Low Trail
Trail ini juga dikenali Jejak Lagadan merupakan trail yang digunakan Hugh Low dan Gunting Lagadan semasa mula-mula menawan puncak Kinabalu. Trail ini bermula dari ketinggian 902m d.p.l. dan berkecerunan 60 darjah dan banyak melalui cerun-cerun berbatu licin serta berjuram yang dalam. Trail ini akan bertemu dengan trail Timpohon di Pondok Paka.
Kg. Kiau Nuluh
Trail ini bermula dari Kg. Kiau Nuluh berdekatan sempadan Taman Kinabalu. Banyak pacat di lantai hutan ini. Pendaki boleh bermalam di Kem site pertama setelah melintasi sempadan Taman Negara. Pendaki perlu membawa khemah sendiri kerana tiada kemudahan asrama/pondok disediakan dan tiada sumber air di kem site ini. Suhu malam boleh mencecah 15 darjah celcius.
Tiong-Tiong
Berada di sebelah barat Gunung Kinabalu dan laluan ke sini penuh dengan pokok resam kipas. Pendaki boleh bermalam di checkpoint ini. Suhu malam boleh mencecah 5 darjah celsius. Tiong-tiong sebenarnya tidak begitu jauh dari stesen Komborongoh (KM2 Timpohon trail). Antara perkara menarik, pendaki boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari sudut yang berlainan sekali dan jarang dirakamkan oleh media. Terdapat sebuah kolam kecil yang dikatakan tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Kedinginan air kolam ini menjadi sumber air pendaki. Pemandangan matahari terbenam disini juga sangat menarik.
Snow Field
Tempat ini dinamakan sempena nama lumut dari jenis Snow Fern yang banyak terdapat disekitarnya. Lumut yang bewarna putih ini seolah-olah salji yang menutupi permukaan batu.
Gua Paka
Pendakian ke sini dikategorikan laluan berbahaya dan perlu lebih berhati-hati. Laluan merentasi tebing batu yang licin dan bertumbuhan aneh. Pendaki boleh bermalam dan berteduh di gua ini. Terdapat sungai berdekatan gua dan paras air sungai berubah mengikut keadaan hujan.
 

Kudat Golf & Marina Resort, Kudat

Sunday 4 December 2011

Crocker Range Park


Croker Range Park(Taman Banjaran Crocker) merupakan satu destinasi yang menjadi tumpuan kepada peminat sukan dan  pencinta alam. Taman Banjaran Crocker ini  terletak d Banjaran Crocker yang mana ianya berada 13 km daripada pekan Keningau yang mana dianggarkan 25 minit   dengan menggunakan kereta.






Banjaran Crocker dibina dan diwujudkan sebagai hutan simpan pada tahun 1968. Pada tahun 1984, Taman Banjaran Crocker telah ditubuhkan bagi melindungi takungan air di kawasan pedalaman sabah. Kawasan ini telah dinamakan sebagai Taman Banjaran Crocker pada tahun 1996 dan diuruskan oleh Taman-Taman Sabah. Di bahagian tengah Taman Banjaran Crocker ini terletaknya fasilitu Taman Sabah yang mana telah dibuka pada Febuari 2004 yang menjadi tempat yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi seperti jungle trekking, perkhemahan, dan aktiviti pendidikan luar. Antara yang menjadi aktiviti  di Bnjaran Crocker ini adalah kawasan Refflesia, laluan jungle trekking  dan juga kawasan perkhemahan. Sesungguhnya, melindungi kekayaan biodiversity kepelbagaian flora dan fauna yang jarang dijumpai menjadi pemangkin dan keutamaan bagi menjadikan Taman Bnjaran Crocker ini sebagai tempat yang menjadi tarikan pelancong dan juga sebagai taman negara.

Antara aktiviti yang menjadi tarikan di Taman Banjaran Crocker ialah Jungle Trekking yang mana terdapat Crocker Trail yang disediakan sepanjang 2.036 kilometer. Disepanjang trail tersebut,pelbagai jenis flora dan fauna yang boleh didapati. Selain itu trail ini juga digunakan dalam aktiviti pendidikan luar.




Antara pemandangan di sepanjang Crocker Trail


Pemandangan flora disepanjang trail
Antara fauna yang boleh dilihat di Taman Banjaran Crocker